12 Tahun Terindah, lagu terbaharu BCL.

Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan nama mesranya, BCL, telah keluarkan lagu terbaharunya yang bertajuk ’12 Tahun Terindah’.

Bunga bersama anaknya, Noah Sinclair, meluahkan rindu kepada arwah Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Febuari lalu. Lagu tersebut mengungkapkan kesyukurannya kepada Tuhan untuk meminjamkan Ashraf selama 12 tahun, yang merupakan tahun-tahun terindah dalam hidupnya.

Video tersebut meraih lebih dari 2 juta tontonan sejak dimuatnaik semalam, kini trending di laman sosial seperti Youtube dan Twitter.

Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.

Share