Usahawan kosmetik Safiey Illias sering kali menimbulkan kontroversi di laman sosial miliknya. Walaupun kurang medapat perhatian netizen, Safiey masih lagi meneruskan perniagaanya seperti biasa menerusi Instagram (IG) ataupun platform lain.

Pernah menderita anxiety, bipolar dan depresi, Safiey dikatakan tampil memberi kata-kata semangat buat Nur Sajat yang dikenali sebagai Sajat yang kini dihimpit pelbagai kontroversi serta tekanan perasaan.

Pernah alami 5 tahun dulu

Safiey berkata, apa yang dilalui oleh Sajat sekarang ini, pernah dia alami juga sejak lima tahun lalu. Safiey menasihati orang ramai agar memberikan sokongan kepada Sajat berbanding mengecamnya.

“5 tahun ratu lawan sakit ni. Major depression, anxiety, panick attack, bipolar, skizofrenia dan maca-macam lagi. Malas nak tulis. Tapi semua ini adalah penyakit mental illnesses.

“Bulan ni ratu last dipantau doktor untuk pengambilan ubat, jika this month semua okay bulan depan ratu dah tak payah bergantung dengan ubat . Ratu happy sebab akhirnya ratu dapat lawan sakit ni.

“Orang ramai salah anggap. Ini adalah penyakit, penyakit perlukan ubat. Tak habis-habis isu suruh mengaji dan solat. Ia dua benda berbeza.

“Kalau kawan awak patah tulang , awak suruh jumpa doktor bukan suruh dia solat atau mengaji . Mental illnesses bukan perkara main-main. Ratu bersedia dan tak segan silu nak share macam mana nak lawan dan berhadapan dengan rakan yang ada sakit ni,” katanya.

Pandemik Antara Punca

Tambahnya lagi, situasi semasa yang dilalui kebanyakan orang ketika pandemik ini adalah antara punca masalah mental.

“Di tahun 2021, mental health and illnesses dah dipandang serius oleh masyarakat dunia. Sebabnya ramai dah mula terkesan lagi-lagi dengan pandemik yang melanda.

“I’m ready to advocate, educate , dedicate by using my voice and stand up regarding this mental health and illnesses,” katanya lagi.

Hmm kita doa-doa yang baik je lah buat mereka. Semoga mereka boleh berubah serta melawan penaykit tersebut.