Dekat Malaysia ini ada pelbagai jenis artis, ada yang kerap membuat skandal dan selalu mengundang kecaman para netizen, ada pula yang stay low, dan berdiam diri sahaja.
Iqram Dinzly pula, sekumpulan dengan artis-artis yang sering membuat masalah. Selepas beberapa lama tidak membuat isu, pelakon filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah ini buat hal lagi.
“Sembahlah aku”
Didalam satu video di Bigo Live, Iqram Dinzly kelihatan mengenakan solekan menggerunkan dan ditegur oleh seorang pemuda.
Apabila diminta supaya ingat kepada Tuhan, Iqram membalasnya dengan kenyataan yang agak mengancam.
“Sembahlah aku, sembahlah aku”.
Video durasi 2 minit tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas (PU) Syed dan melalui Instagramnya, PU Syed memberi peringatan kepada pengguna sosial media supaya tidak melayan pelakon tersebut.
Tambahan itu, PU Syed berkata bahawa Iqram perlu mendapatkan rawatan kerohanian dan akidah, dan patut dikenakan tindakan undang-undang kerana perbuatannya yang dianggap merosakkan akidah diri dan umat Islam lain.
Balasan Iqram
Tidak mahu dibiarkan dirinya dimalukan begitu saja, Iqram tampil untuk memberi respons terhadap “teguran” PU Syed.
Dalam hantarannya yang panjang lebar itu, Iqram sepertinya tidak setuju dengan teguran PU Syed. Malah, penulisan Iqram ini juga dilihat seperti melempiaskan rasa tidak puas hatinya terhadap hantaran PU Syed itu.
Melihat kepada ruang komen perkongsian tersebut, kelihatan bahawa banyak para netizen yang tidak setuju dengan balasan Iqram malah, meminta Iqram beristighfar dan bertaubat.
Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menasihati Iqram untuk belajar menerima teguran.
Pembalasan terkini
Pembalasan terakhir diantara dua individu tersebut berlaku semalam apabila PU Syed berkongsi satu lagi hantaran di Instagramnya mengenai kritikan Iqram.
Iqram juga dilihat telah memberi balasannya terhadap hantaran terkini PU Syed itu dan mengatakan bahawa pelakon itu sudah pun insaf dan sedar atas kesilapannya.