Trend pemakaian baju wanita di Malaysia nampak perbezaan yang sangat ketara kalau dibandingkan dengan pemakaian zaman dulu, lagi-lagi apabila Malaysia memulakan gerakan untuk memartabatkan pemakaian yang lebih Islamik dan perbezaan yang ketara ini telah mencetuskan perdebatan antara warganet di Twitter.

Baru-baru ini satu ciapan Twitter telah menular memberikan pendapatnya tentang perbezaan pemakaian wanita Melayu sebelum dan selepas proses ‘Arabisasi’. Ciapan itu menunjukkan pemakaian wanita-wanita Melayu terdahulu menunjukkan kecantikan baju kebaya.

Proses ‘Arabisasi’?

Ciapan yang tular itu telah mendapat input daripada warganet yang bertentangan dan bersependapat dengan ideologinya di mana rata-rata menyuarakan pendapat mereka tentang proses ‘Arabisasi’.

Proses ‘Arabisasi’ yang diciapkan oleh @mohamadjusoh50 merujuk kepada proses pemakaian tudung dan pemakaian labuh dan tidak ‘sexy’ seperti baju kebaya atau juga boleh dikatakan sebagai proses Islamisasi.

Tapi disebabkan ciapannya yang agak kontroversi, ramai yang menentang dengan pendapat @mohamadjusoh50.

Bukan ‘Arabisasi’ tapi ‘modernisasi’?

Ramai yang mengatakan kita tidak dilalui proses ‘Arabisasi’ malah melalui proses modernisasi dan menyatakan pendapat dimana agama itu perlu diletakkan atas budaya.

Namun begitu, ada juga segelintir warganet yang berpendapat dimana budaya orang Melayu semakin hilang ditelan zaman.

Segelintir warganet percaya budaya kaum Melayu semakin dilupakan terus menganggapkan agama telah merosakkan budaya.

Tapi sebenarnya agama bukanlah penghalang untuk meneruskan budaya dan tradisi malah, agama Islam itu mudah dan jika budaya itu boleh disesuaikan menurut syarak agama, tiada halangan akan dikenakan.

Sememangnya apa yang disebutkan sebagai Melayu itu perlu beragama Islam dan sebagai seorang Islam, agama perlu diberikan keutamaan mengatasi segala perkara duniawi kecuali perbuatannya itu tidak melanggar syarak.