Kalau berbicara soal anak terutama kepada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga, semestinya itu menjadi pekara yang agak sensitif bagi mereka.
Pasangan mana yang sudah berkahwin tidak mahu zuriat. Zuriat adalah anugerah paling berharga buat mereka.
Hal ini kerana ada sesetengah pasangan yang mengambil masa agak lama sebelum mereka mampu mempunyai zuriat sendiri serta begelar ibu bapa.
Buat Rawatan IVF
Perkara yang sama dialami oleh Achey apabila dia dan pasangannya menunggu agak lama untuk memiliki zuriat sendiri.
Menurut Astro Gempak, Achey memberitahu bahawa dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) sebagai salah satu usaha untuk menimang cahaya mata sendiri.
Bagaimanapun hasrat tersebut tertangguh akibat kekangan kerja serta penularan wabak pandemik COVID-19.
“Sepatutnya rawatan tersebut di buat pada bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik COVID-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga dan kalau boleh secepat mungkin. Sebab orang rumah pun kalau boleh nak ada zuriat sendiri,” katanya.
Tambah Anak Angkat
Achey turut berkata bahawa dia dan isteri mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambail Tiara Zinnirah, sebagai anak angkat pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Achey juga tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk dia mengambil anak angkat lagi.
“Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi, cuma kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin ingin tambah seorang anak lelaki pula lepas ini,” tambah beliau.
Cari Ibu Susuan
Achey turut memaklumkan isterinya mengalami masalah dalaman untuk memberi penyusuan badan kepada anak angkatnya.
“Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya.
Apa-apa pun, diharap Achey dan isterinya boleh menimang zuriat sendiri, suatu hari nanti.