Aeril bergambar dengan kereta mewah berwarna merah, “Jangan tag SPRM”

Sejak dah tular gambar kereta-kereta mewah yang disita oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkait rapat dengan kes Macau Scam, mata-mata netizen sekarang seperti sedang memerhati mana-mana artis yang juga memiliki kereta mewah sebegitu.

Dan sepertinya, pelakon Aeril Zafrael mendapat perhatian netizen apabila dirinya bergambar dengan sebuah kereta mewah berwarna merah.

JAL9

Menerusi laman Instagramnya, Aeril berkongsikan gambarnya menaiki kereta mewah bernombor plat JAL9 untuk tatapan orang ramai.

“Daniel #terciptasatuikatan. Ni kereta pinjam je tau, jangan tag SPRM. Kau la siapa lagi,” tulis Aeril di ruangan kapsyen.

Tahu takut!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seperti terhibur dengan kapsyen yang ditulis Aeril.

Malah, ada juga yang sempat mengusiknya, mengatakan bahawa baru saja nak tag SPRM tapi dah dibagi warning.

Difahamkan Aeril kini sedang menjalani pengambaran sebuah drama bersama pelakon Hannah Delisha.

Nasib Aeril bagitahu, kalau tak, belum sempat kena soal SPRM, netizen dah soal berdas-das dulu!

Share