Anak Sharifah Zarina tak puas hati kafe bagi layanan tak profesional!

Pernah viral disebabkan kontroversinya dengan Alvin Chong, nampaknya anak penyanyi Sharifah Zarina iaitu Athalia, lagi sekali menjadi buah mulut netizen.

Video yang dimuatnaik oleh Athalia di Tiktok telah menarik perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sebuah kafe dan mempersoalkan etika profesional staf di kafe itu,

Sambut hari jadi

Menurut Athalia, dia sekeluarga berserta dengan beberapa orang kawannya, pergi ke kafe tersebut untuk menyambut hari lahirnya.

Namun, sebaik sahaja mereka duduk, staf kafe tersebut memberitahu bahawa mereka hanya ada 15 minit saja untuk membuat pesanan sebelum kafe itu ditutup untuk sebuah event.

Jelas Athalia, tindakan staf kafe itu memalukan dirinya adalah tidak patut.

“Kami dah duduk kat meja tu, tak tahu berapa lama…Mereka dah bagi menu, suruh scan dan order. Kemudian, mereka bagitahu yang kami cuma ada 15 minit saja untuk order.

“Tak ada orang pun bagitahu yang tempat tu nak tutup sebab ada event. Kalau mereka bagitahu lebih awal sebelum kami masuk, kami boleh ‘blah’ pergi tempat lain,” katanya dengan bengang.

Ibu juga

Bukan sahaja Athalia, bahkan ibunya juga melepaskan geram terhadap kedai makan itu menerusi video yang dimuatnaik di Intsgaramnya.

“Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list!

“Tadi aku kat depan tu que apasal  kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?,” luah penyanyi ‘Langit Ketujuh’ itu.

Zarina dan Athalia juga mendakwa bahawa pihak kafe telah meminta maaf dan menawarkan dua keping kupon bernilai RM 50.

Owner bersuara

Setelah viralnya video-video itu yang menjatuhkan nama kafe tersebut, pemilik kafe pokok.kl, Christine Bong tampil memberi penjelasan kepada orang ramai.

Menerusi laman Instagramnya, Christine menjelaskan bahawa apa yang didakwa oleh Athalia dan Zarina itu adalah tidak benar.

Jelas Christine, mereka telah memaklumkan tentang penutupan awal kafe itu di media sosial pokok.kl. Bahkan, notis juga telah diletakkan di bahagian pintu masuk.

Dan sepertinya, Christine juga tidak teragak untuk menyamannya di atas fitnah yang telah dibuat.

Apa pun, harapnya kedua-dua pihak dapatlah berdamai dan selesaikan masalah dengan baik.

Share