Jaranglah Aliff Syukri ni tak buat hal, lagi-lagi kalau perkara yang membabitkan nama dia, memang cepat je dia respon.
Ahad lepas, ada viralpengalaman seorang pengunjung yang menginap di resort milik Datuk Aliff Syukri dan ia bukanlah satu pengalaman yang baik untuk pengunjung tersebut.
Lipas dalam peti ais, cadar tak tukar
Abudi Alsagoff, seorang atlet sukan parkour yang juga merupakan pengunjung Sugeh Hill Resort, berkongsikan pengalamannya di Facebook dan juga Twitter.
Abudi yang menetap di resort itu bersama keluarganya, menceritakan segala pengalaman yang baginya kurang memuaskan. Di laman Facebooknya, Abudi menyatakan 15 masalah resort tersebut.
Antara point yang dinyatakan adalah isu bilik kotor, cadar tak tukar, sampah di kawasan resort dan juga soal keselamatan pengunjung di lobi.
Bukan itu sahaja, kebanyakan fasiliti di resort tidak lengkap dan tak diselenggara dengan baik malah, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila seekor lipas ditemui dalam peti ais!
Aliff Syukri mengugut
Bila dah viral cerita buruk Sugeh Hill Resort, Aliff Syukri pun apa lagi, mulalah nak cari pasal dengan customer dia.
Abudi menerima mesej dari Aliff Syukri yang seperti ugutan untuk memadam postnya itu namun Abudi enggan melakukan perkara tersebut. Malah, Abudi juga berkongsikan mesej yang dihantar Aliff Syukri di laman media sosialnya.
Aliff Syukri membalas
Berikutan dengan kes tersebut, Aliff Syukri pun membalas di laman Instagramnya berserta dengan rakaman CCTV yang menunjukkan sikap sekumpulan pengunjung ketika menginap di Sugeh Hill Resort.
Aliff Syukri juga mendakwa bahawa pengunjung tersebut tidak menjaga adab dan etika ketika berada di resort itu.
Dua-dua salah
Namun, menurut Abudi di laman media sosialnya, dia mengatakan bahawa apa yang di post oleh Aliff Syukri itu adalah fitnah lalu, memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.
Abudi juga berkongsikan pengalaman pengunjung lain yang pernah menginap di resort tersebut.
Komen netizen kebanyakannya merasakan dua-dua pihak salah, yang sebelah servis resort kurang, yang satu lagi kurang beradab.
Apa pun, harapnya isu ni dapatlah diselesaikan dengan baik dan memperbaiki mana yang patut.