“Awak bayangkan je lah ni saya,” – Adibah Noor terima mesej lucah!

Menerima mesej yang berunsur seksual dan lucah sepertinya adalah perkara yang perlu dihadapi selebriti terutama mereka yang bergolongan muda.

Namun, siapa sangka pelakon dan penyanyi, Adibah Noor juga boleh menerima mesej sebegitu dalam usianya.

Salam kak

Mesej yang diterima olehnya menerusi mesej peribadi (DM) Instagram itu dikongsikan oleh Adibah di laman Twitternya.

Perbualan itu boleh dilihat oleh netizen menerusi screenshot yang dikongsikan oleh Adibah.

“Salam kak hantar gambar bogel,” tulis pengguna Instagram itu.

Hantar gambar

Namun, penyanyi ‘Terlalu Istimewa’ itu tidak cepat melatah malah, sempat berseloroh dengan pengguna Instagram tersebut dengan menghantar gambar kucing miliknya yang sedang tidur.

“Awak bayangkan je lah ini saya. Babai,” balas Adibah.

Macam gajah mengantuk

Melihat perkongsian Adibah, beberapa netizen seperti tak percaya penyanyi tersebut juga menerima mesej berunsur seksual itu.

“Akak yang macam gajah mengantuk ni pun orang mintak….bayangkan yang muda, cantik, mulus tu semua berapa banyak request macam ni yang mereka terima,” balas Adibah kepada salah seorang netizen.

Malah, ada juga netizen yang mempertikaikan pengguna tersebut memberi salam terlebih dahulu sebelum membuat permintaan sebegitu.

Dah tak ada kerja agaknya orang tu….Apa pun, bertabahlah Adibah Noor kena layan orang macam ni.

Share