Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac lepas.

Orang ramai teruja dengan pengumuman yang disampaikan oleh beliau apabila kerajaan telah membenarkan perjalanan merentas negeri yang sebelum ini tidak dibenarkan bagi menghalang penularan wabak COVID 19.

Berkongsi meme di media sosial teruja dapat balik kampung

Pengguna media sosial ramai yang teruja dengan berita ini dan ada juga yang mengambil masa menghasilkan beberapa meme yang menghiburkan ramai orang mengenai berita yang membenarkan mereka pulang ke kampung setelah beberapa bulan tidak dibenarkan merentass negeri.

Antara meme yang menarik perhatian pengguna media sosial adalah melibatkan keadaan jalan raya yang dijangka akan sesak.

Ada juga yang berkongsi video bagaimana cara untuk merentas negeri dengan gayanya berdasarkan daripada sebuah filem Hindustan lakonan Datuk Shah Rukh Khan iaitu dengan menaiki helikopter.

Imej dari: Twitter

SOP masih perlu dipatuhi

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri mengenai kebenaran untuk merentas negeri, orang ramai masih dinasihat untuk menjaga penjarakan sosial dan mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada peningkatan jumlah kes COVID 19.