Tak habis-habis dengan kisah Bella dan Aliff ni. Pada 12 Julai 2020, Bella Astillah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan. Walaupun begitu, suaminya, Aliff Aziz tidak menemaninya. Kenapa ye?
Sebenarnya, Aliff yang masih berada di Singapura tidak dapat datang disebabkan perintah kawalan di sempadan. Namun begitu, Aliff tidak lupa menghubungi dan videocall isteri dan anak lelakinya, Ayden, setiap hari. Aliff tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dan ayah yang baik, walaupun mereka masih berjauhan dan selalu bertanya khabar mereka.
Bella juga dikelilingi ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan tersayang time bersalin. Oleh itu, Bella tidaklah begitu sunyi.
Kita sama-sama mendoakan kesejahteraan keluarga ni ye. Tahniah buat Bella dan Aliff sekeluarga!