Tahun ini ramai influecer menjadi perhatian netizen kerana tindakan kurang cerdik mereka yang telah mengundang kecaman netizen.

Baru-baru ini, ada lagi seorang influencer yang memang memanggil untuk dihentam oleh netizen.

Berpakaian Seperti Wanita

Personaliti media sosial, Nizam Rahman telah menghadiri satu program di sebuah stesen TV Islamik pagi tadi.

Tapi bukan sebab tu dia kena kecam. Nizam didakwa tidak sensitif apabila hadir dengan berpakaian kebaya dan berambut paslu.

Difahamkan Nizam ketika itu sedang melakukan sesi live di Facebook, turut menerima teguran daripada pegunjung lain ketika berjalan masuk ke studio stesen berkenaan yang terletak di kawasan Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Mereka turut menyifatkan Nizam agak keterlaluan apabila hadir ke tempat berkenaan.

 “Buat apa eh kat sini? Untuk apa? Pastu kau pakai macam ni. Kau nak pakai macam ni masuk dalam?

“Eh, memang tak bolehlah, ini TV Al-Hijrah. Fikirlah sikit, awak tu laki, tengok tu (ada) JAWI. Mana boleh kau pakai macam ni,” tegur individu tersebut dengan penampilan memakai songkok semasa Facebook live miliknya.

Timbulkan Kekecohan

Menurut Gempak, situasi tersebut telah menimbulkan sedikit kekecohan apabila Nizam mendakwa individu berkenaan telah mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

Penampilannya sekali lagi dipersoalkan di ruangan komen livenya oleh netizen.

“Seriuslah pakai macam ni?”

“Tukarlah baju tu dulu,” komen sebahagian warganet di ruangan komen.

Jelaskan Situasi Sebenar

Nizam yang terkilan dengan apa yang berlaku kemudiannya menjelaskan situasi tersebut.

“Masalah timbul bila ada dua lelaki tiba-tiba tegur, sound saya. Sebenarnya, saya memang rancang nak tukar baju masa sampai di sana. Kawan siap dah pegang baju lagi.

“Saya berpakaian macam tu sebab sebelum tu ada penggambaran untuk satu produk dan habis agak lewat sehingga 6 pagi. Lepas habis tu saya terus bergegas ke sana untuk program siaran langsung pagi tadi,” katanya kepada Gempak.

Masih Tahu Batas

Menurut Gempak lagi, biarpun Nizam sering tampil dengan karakter perempuan, namun, dia masih tahu batas-batas yang perlu diikutinya.

“Saya ni tak adalah bodoh mana nak berpakaian wanita nak masuk televisyen.

“Nak tegur tapi marah-marah. Cakaplah elok-elok. Apa salahnya tanya sebelum nak sembur,” katanya.

Nizam turut memohon maaf sekiranya insiden tersebut turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.

“Tak sangka pagi-pagi dah kena maki. Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung. Semua ini salah faham,” luahnya.

Haihh macam-macam lah. Buat Nizam jangan ulangi kesilapan yang sama yaaa!