Sebuah video tular di media sosial yang dikongsi seorang pengguna Twitter @InjangNation, memaparkan seorang pemuda yang bertindak biadab membaling mercun ke arah seorang warga emas.

Imej dari: Meh Baca

Terkejut dengan mercun lalu melarikan diri

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan pemuda tersebut berhenti di tepi bahagian jalan dan menyalakan mercun lalu mencampak mercun ke arah seorang warga emas yang ketika itu berada di situ membuatkan warga emas itu terkejut lalu melarikan diri.

Diburu pengguna media sosial

Tindakan pemuda itu jelas membuatkan ramai pengguna media sosial berang dengan tindakan biadabnya itu. Tindakan pemuda itu membuatkan dia diburu oleh ramai pengguna media sosial yang menganggap tindakannya itu ibarat orang yang tidak ada sivik.

Imej dari: Twitter @InjangNation

Selepas ramai yang mengecam tindakan pemuda itu dan mengutuk perbuatannya di media sosial, pemuda itu membuat permohonan maaf dan dikatakan telah berjumpa dengan warga emas yang dibaling mercun itu.

Namun, ramai yang masih tidak menerima permohonan maaf oleh pemuda tersebut kerana bagi orang ramai tindakannya itu sangat melampau dan boleh membahayakan nyawa warga emas tersebut.