Kumpulan K-pop, Blackpink sepertinya akan memasuki arena mobile online game apabila PUBG mengumumkan kolaborasi bersama penyanyi ‘How You Like That’ itu.

Menerusi laman media sosial rasmi PUBG, beberapa hint telah diberikan kepada para peminat bermula 14 September 2020.

Lightstick Hammer

Antaranya adalah gambar close-up seorang wanita berambut dan berkaca mata merah jambu, empat orang wanita di dalam kereta dan kelihatan juga lightstick rasmi Blakcpink yang berbentuk seperti hammer.

Hint yang diberikan oleh PUBG sangat ketara bagi para Blinks iaitu nama peminat Blackpink.

Dan tak lama selepas itu, PUBG secara rasmi mengumumkan kolaborasi bersama Blackpink.

ID PUBG

Sepertinya Blinks juga boleh bermain PUBG bersama ahli kumpulan Blackpink itu apabila ID gamemereka telah diumumkan. Berikut adalah ID game dan username ahli Blackpink dalam online game itu:

Jennie – ID 51009797582, username JenniePUBGM

Jisoo – ID 51009780171, username JisooPUBGM

Rosé – ID 51009801702, username RoséPUBGM

Lisa – ID 51009791380, username LisaPUBGM

Sehingga kini, syarikat mobile online game itu masih belum menjelaskan apa yang akan terhasil daripada kolaborasi ini namun, para peminat berspekulasi bahawa akan ada avatar yang diinspirasikan daripada ahli Blackpink.

Apa-apa pun, bagi Blinks yang belum ada PUBG tu, bolehlah start main sekarang, mana tahu boleh main sekali dengan Blackpink kan.