Siapa je dekat dunia ni tak pernah buat benda mengarut dan pelik kan? Semua orang mesti ada kenangan macam tu untuk dijadikan bahan gelak masa hadapan.

Jadi, bila ada seorang pengguna Twitter meng-upload video buat maggi dalam baldi, ramai pula yang memberi kecaman kepadanya.

Budak asrama je tau nikmatnya

Pengguna Twitter yang menggunakan tweet handle @PuteraIdaman5, membuat tweet “Budak asrama je tau nikmatnya” bersama dengan sebuah video yang menunjukkan seseorang sedang mengaul maggi dalam baldi tersebut.

Video yang mendapat hampir 1 juta tontonan itu mendapat maklum balas negatif dari warga Twitter, yang rata-rata memberi komen tentang kebersihan baldi itu.

Lalu, pengguna Twitter tersebut menjelaskan bahawa baldi yang digunakan adalah baldi baru.

Pengalaman berharga

Namun, ada juga yang menyokong perbuatan pengguna Twitter itu, mengatakan ianya adalah pengalaman yang berharga ketika di asrama.

Malah, ada yang siap cerita lagi pengalaman mereka menggunakan hanger sebagai ganti garfu.

Haa jadi korang pernah ke makan maggi guna baldi? Pengalaman, pengalaman juga, asal buat benda tak memudaratkan diri, okay la tu.