Bukan lagu perkahwinan, Adibah Noor pesan jangan salah guna!

Pernah tak pergi wedding sesuatu pasangan, tengah elok makan makanan kenduri, tiba-tiba terdengar lagu yang lari mood, lari tema? Senang kata, pakai lagu yang tidak sesuai langsung untuk wedding.

Itulah isunya sekarang. Penyanyi Adibah Noor menjelaskan diTwitter buat ke sekian kalinya, mengatakan bahawa lagu miliknya yang berjudul ‘Terlalu Istimewa’ itu tidak sesuai digunakan untuk majlis perkahwinan.

Untuk diraikan di suasana tertentu

Lagu yang telah berusia 14 tahun itu masih mendapat tempat di kalangan peminat dan pendengar, tetapi ada lagi yang tidak faham maksud sebenar lagu itu.

Menerusi laman Twitternya, Adibah Noor berpesan kepada peminatnya untuk meraikan lagu tersebut di acara dan tempat yang sesuai.

Imej dari: Cari

Dicipta untuk kanak-kanak yang telah tiada

Lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu dibuat khas untuk kanak-kanak yang telah meninggal dunia dan bukannya dicipta untuk tema perkahwinan, perpisahan, orang kurang upaya, dan pasangan yang bercinta.

Walaupun sudah dijelaskan maksud sebenar, ada juga di kalangan netizen yang meminta Adibah Noor untuk tidak menyekat tafsiran masyarakat terhadap karya yang hebat itu.

Ada juga pengguna Twitter yang cakap lagu itu pernah digunakan untuk majlis baby shower

Apapun, diminta netizen janganlah tengok tajuk lagu semata, sebaliknya baca dan hayati liriknya dulu sebelum guna di mana-mana majlis. Karang terus tersalah tema, ada pula yang koyak.

Share