Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV sekali lagi menjadi tumpuan warga netizen setelah memberi pendapat “kurang sensitif” mengenai rakyat yang menkibarkan bendera putih.
Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini, DSV telah memuat naik satu TikTok “kontroversial” yang mana dia seperti memperlekehkan rakyat yang meminta bantuan melalui kempen #benderaputih.
Di dalam video tersebut, dia berkata sepatutnya yang meminta bantuan ini berusaha lagi untuk berkerja dan tidak menggunakan PKP sebagai alasan tidak boleh menjana pendapatan.
Jangan cari alasan
Menurut Utusan Malaysia, usahawan kosmetik itu kecewa kerana mendapati kenyataannya mengenai kempen #benderaputih diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya bercakap dari perspektif seorang peniaga. Sekarang ini, kalau nak berniaga jangan bagi alasan itu ini. Usaha itu penting. Berniaga depan rumah pun boleh. Cari jalan untuk memulakan sesuatu.
“Bukan saya menentang kempen bendera putih, tetapi sekali dua mungkin orang tolong. Nak berniaga, cari jalan yang tak guna modal kalau itu adalah penghalang. Janganlah cari alasan,” katanya.
DSV membalas
Tambahnya, dia tidak menentang kempen tersebut, malah beberapa kali turun padang untuk membantu mereka yang memerlukan.
“Kalau saya tak bersuara macam ini, siapa lagi? Asyik nak salahkan kerajaan sahaja. Asyik nak jadi mak cik dan pak cik bawang.
“Mereka yang duduk mengata saya pandai cakap tetapi membantu tidak, habis itu nak saya tolong satu Malaysia ke?
“Beratus juta pun tak cukup. Bersihkan hati sedikit. Saya tak kata jangan angkat bendera putih” jelas Datuk Seri Vida.
Jadi siapa yang salah faham ni? Netizen yang mengecam tanpa memberi peluang untuk menjelaskan tindakannya, ataupun DSV yang memberi “nasihat” dengan cara agak tidak sesuai.
Apa pun, dalam keadaan negara yang semakin kritikal ni, kalau nampak sesiapa yang perlukan bantuan, hulurlah mana yang mampu.