“Bukan nak try lah” – Hawa jelaskan hubungan dengan Fizo

Cepat betul netizen buat kerja. Lagi-lagi kalau artis tu tengah trending sekarang, memang mata-mata mereka memerhati 24/7. 

‘Mangsa’ para netizen sekarang ini adalah seorang pelakon lelaki, Fizo Omar yang baru sahaja berstatus duda. Fizo telah meninggalkan komen di paparan Instagram pengacara jelita, Hawa Rizwana. Jadi apa lagi, keluarlah gosip yang kononnya ada apa-apa antara kedua-dua mereka ini.

Nak try Hawa?

Hanya dengan dua perkataan ‘good job’ yang ditinggalkan Fizo di ruangan komen Hawa, netizen mula membuat spekulasi bahawa pelakon lelaki itu cuba untuk menawan hati pengacara wanita tersebut.

Lagi-lagi Fizo baru sahaja bercerai dan menduda, makin menjadi-jadilah spekulasi netizen

Imej dari: mStar

Abang-adik sajalah

Tetapi spekulasi netizen telah ditepis oleh Hawa sendiri, yang mengatakan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar abang dan adik sahaja kerana mereka sudah lama kenal antara satu sama lain.

Melalui mStar, Hawa sendiri berkata yang dia tidak rasa Fizo ‘nak try’ dia pun dan Hawa menganggap gosip yang timbul ini hanyalah sekadar gurauan peminat sahaja. 

Pernah main bola dengan ayah

Menurut Hawa, dia telah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lepas. Ini kerana Fizo boleh dikatakan agak rapat dengan ayahnya. 

Tambah Hawa, ayahnya merupakan bekas pengarah UiTM Arau dan Fizo adalah alumninya. Mereka juga selalu bermain bola sepak bersama.

Hai lah netizen, orang tu baru saja menduda, dah dikenen-kenenkan. Apa-apa pun, harap-harap Fizo dan Hawa tak koyaklah dengan gurauan netizen ya.

Share