Nama Abby Abadi tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air meskipun dia tidak lagi seaktif dahulu.

Abby kini lebih aktif dalam bidang perniagaan miliknya dan juga kerap memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Cara Tersendiri Memberi Bantuan

Namun, masih ada segelintir netizen yang mempersoalkan cara dia memberi serta mengagihkan bantuan.

Malah, ada juga yang membandingkan caranya dengan pendakwah bebas, Ustza Ebit Lew yang memilih untuk melakukan secara terang-terangan.

“Saya menolong Lillahi Taala. Saya minta maaf kalau ada yang pertikaikan usaha saya, kenapa takda gambar serahan, kenapa takda bukti, kenapa tak macam Ustaz Ebit, kenapa begitu, kenapa begini.

“Masing-masing dengan cara tersendiri. Takda masalah pun terang-terangan atau tersembunyi. ALLAH Maha Tahu.

“Tak perlu membezakan. Lagipun Ustaz Ebit bantuannya berskala besar. Saya kecil-kecilan saja,” tulisnya di laman Instagram (IG) miliknya.

Tunjuk Bukti

Menerusi entri tersebut, dia turut menulis bahawa dia terpaksa meminta gambar bukti barang daipada individu yang menerima bantuan demi memuaskan hati netizen.

“Saya tag haritu IG mereka yang saya bantu, di cari salah juga. Pergi jenguk satu-satu, tak nampak susah makan sedap lagi la apa lah.

“Ni tak tag, kata macam-macam juga. Buruklah perangai mencari-cari salah orang.

“Dan meletakkan diri di tempat mereka yang susah ni, saya sendiri malu nak minta bantuan sebenarnya tapi keadaan memaksa.

“Dah minta, dapat, ada yang saya suruh dorang hantar tunjuk barang yang dibeli. Gambar anak-anak yang dikirim pun saya kesian.

“Tak sampai hati nak tengok sebenarnya. Jadi saya tutup semua biar aib mereka terjaga.

“Kalau saya tolong sendiri pakai duit sendiri, memang saya diamkan saja tapi ni sebab ajak sahabat-sahabat saya di sini menyumbang juga, jadi saya bagitau apa yang perlu.

“Duit terkumpul memang saya agih setiap hari. Saya memang usaha nak cepatkan proses sebab ramai yang putus bekalan terus terutamanya yang ada baby kecil, nak mereka bagi bukti macam mana baru boleh lulus bantuan?” tulisnya.

Jangan Menderma Jika Tidak Yakin

Abby turut menyatakan sekiranya tidak yakin untuk menderma seeloknya jangan dilakukan.

“Jadinya pada yang gigih minta bukti, kata tak yakin dengan saya tak payah lah menyumbang ye.

“Bukan banyak pun yang terkumpul. Dan saya takut pada ALLAH. Takkan saya ambil duit ni untuk keperluan saya,” tulisnya dengan tegas.

Graphical user interface, application

Description automatically generated

Haish netizen ni, ada je yang tak kena dekat mata dorang. Orang nak bagi bantuan pun dipersoalkan. Kalau tak ada benda baik nak tulis, jangan tulis. Apa-apa pun semoga usaha Abby ini akan memberi manfaat kepada ramai golongan yang memerlukan. Teruskan usaha anda Abby!