Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti media sosial Azfar Heri yang sekarang ini terkenal dengan pantun mengarut serta gelagatnya yang mencuit hati di laman media sosial.

Baru-baru ini Azfar sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas berkongsi satu video di platform Youtubenya, bersama adiknya Afif yang merupakan anak syurga.

Pertama kali memotong rambut

Di dalam video tersebut, Azfar turut menyatakan bahawa ini pertama kali dirinya memotong rambut adiknya itu yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Nak simpan buat kenangan dan ini merupakan pertama kali saya nak gunting rambut Afif, selalunya mama yang buat,”.

“Oh mana-mana yang tidak tahu adik saya ni special, jadi dia sangat special untuk saya,” katanya.

Netizen tersentuh

Menurut Astro Gempak, bait-bait yang diutarakan olehnya itu secara tidak langsung membuat hati netizen tersentuh serta tersenyum ketika menonton video tersebut.

Gelagatnya yang kelihatan sabar ketika melayan karenah Afif yang begitu manja sepanjang proses pemotongan rambut itu, membuat netizen tersentuh.

Rata-rata netizen memuji aksi Azfar dalam melayan adiknya yang istimewa itu.

Graphical user interface, text

Description automatically generated

Netizen Tidak Puas Hati

Namun di sebalik ramai yang memuji aksinya, ada juga yang tidak suka akan tindakan Azfar sehingga melabelkan dirinya ‘bodoh’ kerana menggunting rambut adiknya itu.

Apooo ada orang cakap I kejam sebab potong rambut Afif, ek kau bodoh kee,” tulis Azfar Heri menerusi ciapannya di Twitter.

Azfar turut meluahkan rasa marahnya, mengatakan ingin membotakkan muka kepada yang memberi komen sebegitu kepadanya.

Haih netizen ni kalau tidak ada apa yang baik untuk dikatakan, lebih baik diam daripada menyakitkan hati orang lain.

Apa-apapun semoga Azfar Heri terus melayan adiknya seperti sekarang tanpa menghiraukan kata netizen. Semoga terus berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi.