Cik B ke ni? Penampilan baru Cik B buat semua terlopong!

Siapa je tak kenal dengan Cik B, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida, yang disenangi ramai sebab sikap dan gayanya yang bersahaja.

Tapi nampaknya Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, mendapat perhatian ramai disebabkan oleh sebuah video yang dikongsi di laman media sosialnya.

Cik B ke ni?

Video singkat yang dikongsikan oleh Cik B di laman Instagram dan Twitternya pada Sabtu lepas, mempamerkan penampilan baru remaja tersebut dengan gaya yang lebih feminin berbanding sebelum ini.

Wajahnya juga dicalit dengan solekan yang ringkas selain rambutnya yang kelihatan lurus dan didandan rapi. Malah, Cik B juga memakai pendakap gigi yang membuatkan dia kelihatan sedikit berbeza.

Video yang mendapat hampir 350 ribu dan 650 ribu penonton di Twitter dan Instagram itu juga menunjukkan Cik B ditemani dengan pelakon baru, Shasha Abedul.

View this post on Instagram

🙂

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66) on

Yang kecam Cik B tu, hambek

Apabila netizen melihat video tersebut, rata-rata memberi komen pujian kepada penampilan baru Cik B di kedua-dua laman media sosialnya.

Ibunya juga tak lepaskan peluang untuk meninggalkan komen di laman Instagram anaknya itu.

“Anak mama ke ni? Tunggu yang kecam Cik B tu. Hambek,” tulisnya di ruang komen.

Wah! Lawa betul Cik B! Haa siapa yang selalu mengecam Cik B tu mesti menyesalkan.  Bak komen Datuk Vida, hambek!

Share