Nampaknya Nabila Razali ni tetap dapat kecaman sesetengah netizen walaupun muzik video terbarunya, Peluang Kedua bersama MK K-Clique, mendapat tontonan sebanyak 5 juta dalam masa kurang seminggu.

Semuanya bermula apabila ada seorang warga Twitter memberikan pandangannya terhadap kejayaan muzik video tersebut.

Kualiti dinilai melalui ‘views’?

Pengguna Twitter tersebut memberi pandangan bahawa zaman sekarang adalah zaman ‘views’ yang mana kualiti dan penilaian juri adalah sampah. Malah, ada segelintir warga netizen berasa kesal dengan trend tersebut.

Imej dari: Cari

Berikutan dengan tweet tersebut, ramai netizen bersetuju dengan pandangan itu dan beranggapan bahawa kualiti yang diingini artis baru sekarang adalah jumlah ‘viewers’ yang tinggi dan rentak atau lirik lagu bukanlah lagi punca masalahnya.

Imej dari: Cari

Menumpang populariti MK?

Ada juga yang cakap Nabila menumpang populariti MK apabila meletakkan Rap ditengah-tengah lagu sentimental itu.

Maklumlah, MK K-Clique adalah penyanyi rap yang menjadi kegilaan remaja sekarang, membuatkan muzik video itu ditonton berkali-kali berbanding muzik video lain.

Imej dari: Cari

Kesian jugak kat Nabila Razali ni, memang asyiklah jadi mangsa netizen.