Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed merupakan ushawan yang berjaya seperti Neelofa juga.

Namun, baru-baru ini tindakannya telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan netizen.

Netizen Tidak Puas Hati

Kartini merupakan salah seorang yang tidak ketinggalan menjual daging viral iaitu Daging ‘Harimau Menangis’ di bawah jenama Aunty Tini Kitchen.

Tetapi tindakan dia yang mendaftar nama daging tersebut menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mendatangkan amarah netizen.

Tinjauan di Twitter mendapati ramai yang tidak puas hati kerana nama ‘Daging Harimau’ telah lama digunakan.

“Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yang start nama tu.

“Business tak business, sekarang ni musim Covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni,” ujar seorang warganet.

Turut viral sekeping gambar yang memaparkan permohonan yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘Daging Harimau’ tersebut.

Permohonan Masih Belum Diluluskan

Ada juga segelintir netizen yang mengatakan permohonan tersebut masih belum diluluskan. Malah ada juga yang mengatakan bahawa perkataan biasa seperti itu tidak boleh didaftarkan.

Selain itu, terdapat segelintir netizen yang meminta supaya orang ramai membuat bantahan mengenai perkara tersebut.

Hmm tak tau nak sebelahkan pihak mana. Semoga pekara ini dapat diselesaikan dengan segera dan netizen yang menjual daging seperti ini juga dapat menjual seperti biasa. Di era Covid ini semua terjejas dan harap netizen terus tabah.