Bagi mereka yang aktif di laman sosial Instagram (IG), nama Hafiz Mahamad ni bukanlah nama yang jarang didengar, lagi-lagi bila dia aktif membuat post dan content di platform tersebut, menyebabkan dia mendapat gelaran ‘instafamous’.
Namun, baru-baru ini dia menjadi perhatian netizen kerana video yang dimuatnaik di IG, yang dikatakan tidak sensitif.
Dikecam Netizen
Hafiz telah menerima kecaman yang hebat daripada netizen kerana dikatakan tidak sensitif terhadap pemergian rakannya, Loh yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 22 Disember.
Dia juga dikatakan seolah-olah sedang membuat video percutian kerana setiap sudut dirakam di dalam video agak cantik.
Tinjaun ruangan komen post tersebut didapati Hafiz banyak menerima kecaman daripada netizen meskipun ada juga yang memberi komen positif.
“Demi sebuah content,” tulis seorang warganet.
“Start video jalan catwalk apo, no respect for the arwah at all, clout for short video. Cukup lah sedekah Al-Fatihah banyak-banyak, jangan la buat documentary bagai,” tulis seorang wargamaya.
Tampil Pertahankan Diri
Namun, Hafiz tidak berdiam diri apabila dia tampil mempertahankan dirinya dengan memberi penjelasan mengenai hal tersebut menerusi beberapa Instagram Story.
Menurutnya, hanya Allah saja yang tahu niat di hatinya ketika itu.
“Apapun pandangan kamu, bukan salah kamu. Itu cara kamu melihat saya. Ada yang melihat, ia dapat manfaat. Ada yang melihat dan nampak saya bukan-bukan saya terima semuanya. Saya tak mampu untuk kawal hati kamu,” tulisnya.
Hanya Mahu Jadi Penyeri
Dia juga dikatakan hanya mahu jadi penyeri buat kelaurga arwah sahabatnya itu.
“Allah tahu niat saya. Saya nak family ini anggap saya macam anak sendiri.Rezeki keluarga sahabat saya, lebih RM 40,000 hari ini kita dapat beri pada keluarga arwah. Sedikit sebanyak bantu keluarga ini,”tulisnya lagi.
Dia juga dikatakan turut mengalirkan air mata ketika mengimamkan solat jenazah sahabatnya itu.
Sampai boleh jadi kontroversi ya video tersebut. Apa-apa pun semoga arwah Loh ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.