“Dengan Kuasa Allah, Saya Sudah Kurang Terima Kecaman”- Azwan Ali

Siapa je tak kenal selebriti penuh kontroversi, Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA.

Kalau diikutkan, dulu selalu sangat nama Azwan Ali ni dipetik oleh netizen dan kena kecaman ramai disebabkan kata-katanya. Tapi nampaknya sekarang ni dah makin kurang.

Bayar denda

Menurut Harian Metro, pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Azwan dikatakan harus membayar denda sebanyak RM 17 000 disebabkan mulutnya yang lantang memberi kecaman.

Katanya, oleh kerana seorang artis, Azwan diperintahkan mahkamah untuk membayar denda tersebut jika tidak mahu dipenjara.

Peratus Kecaman Berkurangan

Sejak Diva AA ini berjaya membayar duit saman itu, peratusan kecaman terhadap dirinya semakin kurang berbanding dahulu.

Diva AA turut memberitahu bahawa dia kini menjalani kehidupan yang lebih tenang kerana kurang makian daripada warganet sebaik sahaja dia bangun pagi.

“Dulu sebaik bangun pagi, saya lihat 50 orang maki hamun di laman sosial. Takkan saya nak diam dan makilah semula. Namun, sekarang sudah berkurangan dengan kuasa Allah. Sekarang nak ada tiga orang yang maki pun susah. Sebelum ini ada yang kata saya tak ada ‘job’, padan muka! Mereka boleh hina saya macam-macam, tapi dengan kuasa Allah lihatlah sekarang rezeki saya,” katanya kepada Harian Metro.

Berhati-hati ketika ‘mengecam’ netizen

Diva AA juga mengakui yang dia sekarang amat berhati-hati apabila mengecam netizen terutama sekali membabitkan rupa fizikal.

“Saya tak pernah nak sentuh soal ‘body shaming’ kecuali individu itu kerana dia yang pijak saya dulu. Tapi melihatkan perkembangan terbaru, ‘body shaming’ adalah satu jenayah membuatkan saya jadi semakin berhati-hati. Satu iktibar kepada kita semua. Pada saya, kes itu tanda Allah nak tunjukkan kepada kita semua supaya berhati-hati,” katanya yang menganggap isu ini sudah lapok dan cerita lama yang dimainkan oleh golongan ‘haters’.

A picture containing diagram

Description automatically generated

Sibuk Dengan Perniagaan Minyak Angin

Diva AA kini aktif menjalankan perniagaan Minyak Angin Diva AA yang sudah mula dipasarkan kepada orang ramai.

Disebabkan terlibat dengan perniagaan, Diva AA kini mengambil kira situasi sekeliling dengan menukar panggilan Melayu Mulia Syurga kepada pengikutnya.

“Ya, saya lebih suka bercakap mengenai perniagaan. Terdapat jutaan Melayu Mulia Syurga yang sokong perniagaan saya. Kalau tengok Instagram saya pun sudah tiada isu politik sebab saya memang jaga Instagram untuk produk saya saja. Namun, itu tidak akan menjejaskan reputasi saya untuk kekal sebagai Diva AA untuk sembur sesiapa saja bagi membetulkan keadaan,” katanya Harian Metro.

Jelasnya, minyak Angin menjadi pilihannya untuk dipasarkan kerana ia adalah aktiviti Allahyarham bapanya, Ali Omar.

“Arwah memang biasa membuat minyak angin kerana dia mengurut orang kemalangan. Bagi saya, perniagaan ini adalah sebagai usaha saya untuk mendekati peminat termasuk di Singapura dan Brunei. Inilah hadiah untuk peminat. Walaupun tak boleh beri secara percuma kepada mereka, sekurang-kurangnya saya dapat berswafoto dengan mereka sebagai tanda terima kasih,” ujarnya lagi kepada Harian Metro.

Dah start berbisnes dah Diva AA! Apa pun, semoga semuanya dipermudahkan.

Share