Isu pergolakkan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin mula menjadi buah mulut netizen apabila pasangan tersebut tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial sejak Ogos lalu.

Gambar hitam putih yang dimuat naik oleh Muizz di laman Instagramnya seminggu yang lalu juga menjadi tanda tanya netizen mengenai hubungan rumah tangga mereka.

Sedaya upaya berusaha

Baru-baru ini, menerusi laporan BH Online, Muizz mula membuka mulut, menggatakan bahawa dia sedaya upaya ingin menyelamatkan rumah tangganya meskipun mereka sudah tiga bulan tidak duduk sebumbung.

“Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

“Saya tak pernah menghalau Nadia keluar daripada rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya.

“Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama,” luahnya.

https://www.instagram.com/p/BtlTGAClRsI/?utm_source=ig_web_copy_link

Ada bukti curang

Muizz juga mendedahkan bahawa luahan hatinya di Instagram itu adalah kenyataan yang benar. Lebih mengecewakan apabila dia menerima bukti video bahawa isterinya berlaku curang yang dihantar oleh seseorang.

“Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai.

“Nadia bukan curang dengan seorang, tetapi dua lelaki.

“Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul,” dakwa Muizz.

https://www.instagram.com/p/CFjx65Gp8dg/?utm_source=ig_web_copy_link

Terlampau peribadi

Pada ketika itu, menerusi laporan Gempak, Nadia enggan menggulas lebih lanjut mengenai tuduhan yang dibuat oleh suaminya itu, mengatakan isu itu terlampau peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Pelakon wanita itu juga berkata bahawa ada isu yang lebih penting untuk difokuskan berbanding kisahnya.

“Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi.

“Apapun, doa yang baik-baik, sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ini,” katanya.

https://www.instagram.com/p/B7BU27MJwlQ/?utm_source=ig_web_copy_link

Nadia Brian dan Muizz Nasruddin telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan.

Alam rumah tangga memang banyak cabarannya. Semoga semua dapat diselesaikan dengan baik.