Tidak salah untuk mencari kenalan baru di media sosial kerana tujuan utama media sosial sendiri sudah bermaksud untuk bersosial dan berinteraksi dengan orang sekeliling. 

Niat disalah erti

Namun, niat gadis ini untuk mencari kenalan barunya di Instagram disalah erti oleh seorang individu yang dikatakan sebagai Instafamous kerana dikatakan ingin menumpang populariti dan dia tidak berkawan dengan orang yang tidak popular di media sosial.

Gadis tersebut cuba menegur individu tersebut melalui mesej dengan niat untuk berkenalan dan mencari kenalan baru tapi jawapan daripada individu tersebut membuatkan gadis itu terkilan.

Komuniti di Twitter lebih ramah

Berang dengan jawapan daripada individu tersebut, gadis itu kemudiannya menyekat akaun individu tersebut. Dia turut membuat perbandingan mengatakan komuniti di media sosial Twitter lebih ramah dan mudah untuk dibuat kenalan berbanding di Instagram.

Imej dari: Twitter @adlinrsln

Kepada yang pilih Instagram berbanding Twitter, janganlah koyak pula ya. Ini pendapat masing-masing.