Baru-baru ini selebriti media sosial dan juga pelakon Aisar Khaled telah dikecam netizen kerana tindakannya yang merakam sebuah video demi content.

Video tersebut dikatakan tidak diterima baik oleh netizen malah turut menerima kecaman.

Sahut cabaran

Aisar telah memuat naik sebuah video yang dikatakan trend terkini menerusi saluran Youtube miliknya.

Video tersebut memaparkan Aisar serta beberapa rakannya menyahut cabaran untuk berendam di dalam sebuah kolam mini yang dipenuhi dengan Cool Fever.

Video tersebut telah mengundang rasa amarah di hati netizen, yang menyifatkan tindakkan tersebut sebagai satu pembaziran dan tidak sensitif terhadap golongan yang lebih memerlukan.

Mohon maaf

Aisar kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.

Jelasnya lagi, dia mengakui kesilapannya itu  dan berjanji akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang konten selepas ini.

“DM aku dipenuhi cacian dan makian. Aku mintak maaf aku hanya manusia biasa kadang kadang terlupa.

“Aku mintak maaf aku sedar aku salah. Mungkin lepasni aku lebih berhati-hati sebelum membuat content, berfikir dulu sebelum buat. Salam,” tulisnya.

Respond netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon yang pelbagai terhadap permohonan maaf yang diberikan oleh Aisar.

“Masalah nya sebelum you post video tu orang memang dah kecam you. Tapi you post juga. Memang laa netizen akan marah akan kecam. So lepasni buat la content yang boleh bagi manfaat kat orang lain. By the way stay strong,” ujar seorang pengguna Twitter.

“Hahah itu la yang dia nak…Malaysia people kan selalu macam tu..kecam-kecam tapi tengok juga video dia. Endup viewer dia dekat Youtube dia meningkat sebab nak tengok content bowdow tuh..yang untung dia,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Hmmm macam-macam lah, semoga ini menjadi pengajaran berguna buat Aisar.