Susah jadi selebriti ni, kadang-kadang ayat yang biasa pun boleh diputar belitkan sesetengah bawang rangers untuk nampak negatif.

Itulah yang terjadi kepada pelakon, Tiz Zaqyah apabila ada seoarang bawang rangers yang membuat komen seperti mengapi-apikan di satu post Instagramnya.

“Malaysia je,”

Tiz baru-baru ni ada post beberapa keping gambar dan sebuah video di Instgramnya berserta kapsyen “Kat mana? Malaysia je. Jaga kebersihan please. Sayang Malaysia kita. Selamat Hari Merdeka,”

Pada pandangan netizen lain, kapsyen Tiz itu biasa-biasa je dan semua faham bahawa apa yang dimaksudkan oleh Tiz adalah di Malaysia pun ada banyak tempat yang cantik-cantik dan indah untuk dikunjungi.

Pada masa yang sama, Tiz juga mengajak rakyat Malaysia untuk menjaga kebersihan dan sama-sama menyayangi negara.

Tapi ada pula seorang pengguna Instagram pergi serang Tiz sebab perkataan ‘je’ tu sebab bagi pengguna tersebut, Tiz seperti memperkecil-kecilkan percutian dalam negara sendiri.

“Kenapa MALAYSIA je? Kenapa mesti ada JE kat belakang? Low class sangat ke holiday dalam Malaysia?” komen pengguna itu.

Imej dari: Twitter Tiz Zaqyah

“Contoh S*hai*

Tiz pun kemudiannya berkongsikan perkara tersebut di laman Twitternya.

“Contoh s*hai, sila baca komen. Dalam kepala I, s*hai sebegini aku dah p*ancung dah kepala dia. Darah dia spew spew spew and it tastes f**king bitter. So kawan-kawan, don’t be a s*hai. Don’t waste your blood,” tulis Tiz di Twitternya.

Dan rata-rata netizen Twitter seperti setuju dengan Tiz apabila mereka merasakan bahawa pengguna Instagram itu membesar-besarkan perkara yang tak sepatutnya pun jadi isu.

Bila kau nak kecam orang tapi kau yang kena kecam, haa macam tu lah pengguna Instagram callmehoney1111 ni, kan dah mendapat.