Nampaknya bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Dr. Erin ni sudah serik dengan cubaan lelaki yang ingin mendekatinya.

Umur 40, anak 8

Menerusi laman Instagramnya, Erin berkata bahawa dia mempunyai tanggungjawab yang lebih besar daripada memikirkan soal diri sendiri atau lelaki.

“Saya ni seorang wanita umur 40, mak dan juga ayah kepada 8 orang anak yang saya perlu bagi segala-galanya.

“Sakit demam pun saya seorang je yang perlu fikir dan jaga sebab saya tak ada adik-beradik, saudara-mara, orang tua mahupun pembantu yang saya boleh harap dan minta tolong untuk saya melakukan 1,001 macam kerja dan tanggungjawab dalam hidup saya.

“Orang luar duk nampak saya ni macam best je hidup dan ramai sangat nak cuba mengenali saya,” tulisnya.

Tak ramai lelaki mampu dan berani

Erin juga memberitahu bahawa tak ramai lelaki yang mampu dan berani untuk pikul tanggungjawab seperti itu.

“Maaf saya kena beritahu kat sini.. Tak ramai lelaki yang akan mampu dan berani pikul tanggungjawab ni.

“Bapa kandung pun lepas tangan ni kan pula bapa tiri. Saya dah penat sangat nak bagi respon pada yang duk DM tu,” luah Erin.

Cari gadis lain

Erin juga sempat memberi nasihat agar lelaki-lelaki berkenaan untuk mencari gadis lain yang tidak mempunyai komitmen sepertinya.

“Maaf, bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang. Tak hadap lagi bolehlah awak-awak semua kata ‘saya terima seadanya saya’.

“Jadi lebih baik cari anak dara atau mak janda yang kurang tanggungjawab. Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar bukan untuk hidup bersenang lenang dan bukan takat kena jadi ibu dan ayah malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi.

“Takut awak semua tak kuat dan tak tahan. Hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan kuat mental je yang mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya,” ujarnya.

Jangan telefon

Erin juga memberikan amaran untuk tidak menganggunya lagi. Jelasnya, dia mahu lebih fokus untuk menjaga anak-anaknya walaupun sendirian.

“Maaf sesangat tak dapat nak respon pada semua. Anak sakit mak tak tidur malam, tak makan, tengok telefon pun tak sempat.

“Janganlah duk telefon mahu tak mahu ya… Sebab saya memang takkan jawab,” tulisnya.

Dr. Erin dan Da’i Farhan dikatakan telah bercerai pada 27 April lalu dan didakwa oleh wanita itu bahawa bekas suaminya telah rujuk semula dengan isteri pertama, Fatin pada 11 Februari lalu, dengan alasan tak mampu berjauhan dengan anak-anak.

Tahan popular jugak Dr. Erin ni ek. Apa pun, bukan senang nak jadi single mother, lagi-lagi anaknya ada lapan orang, memang besar dan banyak tanggungjawab dia.