‘Drama’ kurus, rupa-rupanya taktik jual produk?

Dalam industri hiburan, memanglah agak susah sikit nak menyerlah jika bentuk badan tidak memenuhi ‘kriteria’ yang telah ditetapkan masyarakat sosial. Sudah namanya manusia, tentulah suka yang cantik, berbadan ramping, dan berkulit putih, kan?

Jadi, apabila Zulin Aziz yang pada awalnya berbadan berisi kini sudah berjaya menurunkan berat badan, ramai yang kagum. Mana tidaknya, sampai ada yang kata Zulin cuma minum air dan makan kurma untuk kurus!

Jual produk kurus?

Tup-tup, keluar pula cerita yang Zulin Aziz baru sahaja keluarkan produk jenamanya sendiri, Magia Diet Mealz by Zulin Aziz. Bila perkara begini berlaku, sudah tentulah ada antara peminat yang marah dan berasa tertipu.

Imej dari: Twitter @serenitysakinah

Hai, yang tulis panjang-panjang hari tu cuma ‘drama’ emosi semata ke, Zulin?

Kalau betul Zulin boleh kurus mengikut cara diet yang betul, tak apalah, tapi bila gunakan diri sendiri sebagai testimoni produk Magia Diet Mealz ni, bukan ke itu dikira menipu?

Share