Drama Pengantin Satu Malam menggalakan One night stand?!

Selepas berakhirnya fenomena drama tempatan ‘7 Hari Mencintaiku’, sudah semestinya akan digantikan dengan siri drama yang baru.

Tapi drama yang baru ini sepertinya tidak mendapat penerimaan yang baik daripada segelintir netizen apabila ada yang mengatakan bahawa ia seperti menggalakan perbuatan ‘One night stand’.

Sama macam drama Korea

Drama siri baru yang bertajuk Pengantin Satu Malam yang menggunakan tema antara maruah dan penggorbanan ini mengisahkan Zulaikha, yang dalam dilema sama ada untuk menyelamatkan ibunya dengan meminjam duit daripada Zahred atau terpaksa menjaga maruahnya.

Segelintir netizen menggatakan bahawa drama ini menyamai jalan cerita sebuah drama dari Korea Selatan iaitu My Secret Romance, yang katanya ada unsur-unsur sensual.

Imej dari: Cari

Bertentangan dengan moral Melayu

Bukan sahaja didakwa mengambil elemen-elemen romantik drama Korea yang akan membuat peminat drama Melayu gila bayang tetapi drama tersebut juga dikatakan bertentangan dengan moral Melayu seperti ‘one night stand’, perkosa dan sebagainya.

Tambahan pula, drama itu ditayangkan pada waktu kemuncak iaitu 7 malam sehingga 8 malam jadi, ada segelintir netizen yang risau kerana slot drama waktu tersebut kebiasaannya ditonton oleh seisi keluarga dan juga kanak-kanak.

Imej dari: Cari

Pengantin Satu Malam adalah siri drama arahan Eoon Shuhaini yang dilakonkan oleh Nazim Othman, Amelia Henderson, Afifah Nasir dan Fizo Omar yang telah bermula pada 18 Ogos 2020.

Pulak dah, macam-macam drama Melayu ni!

Share