Faizal Tahir boikot #LathiChallenge

Bagi netizen yang aktif di media sosial, confirm ada terlihat video #LathiChallenge. Biasanya video TikTok ni lawak, tapi kali ni video yang dimuatnaik oleh netizen sangat menyeramkan kerana dikatakan ada unsur mistik.

Walaupun ramai netizen menyahut cabaran ini dan memuatnaik cubaan masing-masing sehingga dijadikan tren, ramai orang yang ‘kuat agama’ agak sedih dan marah kerana orang Islam juga terikut dengan tren ini.

Penyanyi terkenal tanah air iaitu Faizal Tahir juga menyuarakan pendapatnya di Twitter, kerana sedih melihat beberapa orang Islam seperti artis yang terjebak dengan cabaran yang dikaitkan dengan syaitan ini.

Challenge ni betul ke memanggil syaitan?

Lathi Challenge ni sebenarnya bermula lepas Jharna Bhagwani, remaja dari Indonesia, mengajak pengikutnya untuk membuat video sama seperti dia. Jharna membuat TikTok ‘berhantu’ ini menggunakan lagu Lathi pada bulan lepas.

Jharna merekod video dirinya menyolek wajahnya mengikut alunan lagu Lathi tersebut. Lama-kelamaan bila dah sampai bahagian lagu tertentu, seseorang yang cantik terus berubah menjadi  seseorang yang dirasuk syaitan, dengan pergerakkan pelik dan pakaian tradisional Jawa lagi, memang menyeramkan beb.

Kebenaran tentang #Lathi

Walaupun tren #LathiChallenge ni dianggap menyeru syaitan, lirik lagu ini sebenarnya menerangkan kisah seorang wanita yang terjerat dalam sebuah hubungan percintaan yang toksik. Lathi juga menyampaikan mesej yang menegaskan bahawa harga diri seseorang, tidak kisah lelaki atau perempuan dapat dilihat daripada cara dia bertutur dan berperangai.

Namun, walaupun ramai yang memberi keterangan tentang Lathi ini, Faizal Tahir tetap dengan pendirian beliau bahawa tren seperti ini tidak patut dicuba oleh orang Islam, kerana bukan sahaja ia ibarat memanggil syaitan, tetapi tren ini juga melalaikan.

Akan tetapi, nasihat yang diberi oleh Faizal dan beberapa pendakwah lain mungkin patut dititikberatkan. Banyak lagi tren lain yang seronok kalau seseorang itu ingin mencuba sesuatu yang baru.

Share