Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, pasangan seleberiti Fazura dan Fattah Amin telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Berita gembira ini telah dikongsikan di laman Instagram masing-masing berserta dengan sekeping gambar dan kapsyen yang sama.

Cahaya mata perempuan

Kedua-duanya meluahkan rasa syukur terhadap Allah di atas kurniaan agung cahaya mata perempuan mereka yang selamat dilahirkan dengan sempurna dan sihat.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” tulis mereka.

Nama, wajah dirahsiakan

Pasangan ini juga memaklumkan kepada orang ramai bahawa nama dan wajah anak mereka akan dirahsiakan sehingga selepas tujuh hari.

Mereka juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan agar proses kehamilan Fazura berjalan dengan lancar.

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan,” tulis mereka.

Pelakon Fattah Amin dan Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel.

Wah! Tahniah Fattah Amin dan Fazura!