Gadis disahkan mengandung, rupa-rupanya suspek apendiks

Kecoh di Twitter apabila seorang gadis menulis ciapan untuk ‘serang’ seorang doktor di sebuah klinik yang mengesahkan dia mengandung selepas ujian air kencing, walhal gadis ini telah menegaskan bahawa dia tidak pernah melakukan hubungan seks.

Imej dari: Twitter @syaimaa_zailany

Pada mulanya ramai yang penasaran juga kenapa sampai nak ‘serang’, tetapi kemudian gadis yang dikenali sebagai Syaimaa Zailany di akaun Twitternya ini menjelaskan situasi sebenar.

Dimasukkan ke wad kerana suspek apendiks

Menurut Syaimaa, dia ke klinik tersebut ditemani kakaknya sebab sakit perut selama seminggu. Lepas jalani ujian, seorang doktor di klinik tersebut mengesahkan yang dia mengandung, ada imbasan kantung bayi, tumpahan darah kerana keguguran, dan siap tuduh dia melakukan hubungan seks tapi tidak mahu mengaku!

Imej dari: Twitter @syaimaa_zailany

Kasihan betul Syaimaa ni, sampai menangis-nangis mengenangkan nasib. Sudahnya dia pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, dan terus dimasukkan ke wad kerana suspek apendiks.

Kes macam ni sebenarnya boleh mencemarkan nama baik seorang doktor. Bayangkan, doktor-doktor lain kerja siang malam berkhidmat untuk orang ramai yang memerlukan, tapi sebab seorang saja yang buat hal, yang lain pun dipandang serong.

Kepada Syaimaa, harap bertabahlah melalui pengalaman pahit ni. Tapi yang bagusnya, netizen semua sokong awak!

Share