Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa sebagai kak Ogy merupakan seniwati yang cukup hebat serta sinonim dengan industri filem dan drama tanah air.

Namun, begitu tahun lalu dia dihimpit kontroversi apabila dia gagal melangsaikan bayaran teater yang dihasilkannya sehingga ke hari ini.

Masih Berhutang

Penulis skrip bagi teater Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks mendedahkan bahawa dirinya masih lagi ‘berhutang’ dengan Ogy.

Aloy menjelaskan bahawa dia masih lagi belum menerima satu pertiga daripada tunggakan gaji yang tidak lagi dilangsaikan oleh Ogy.

Aloy turut mendakwa Ogy masih lagi wujud dalam ‘group’ Whatsapp namun hanya memilih untuk berdiam diri serta tidak memberi sebarang respond.

“Perasaan saya pada dia dah jadi lain sekarang ni. Saya dah sampai tahap jatuh benci pada dia. Semua janji-janji yang ditaburkan sebelum ini tak pernah dikotakan. Kalau saya dah benci orang itu, memang saya tidak akan hubungi dia. Tapi dia ada sahaja dalam group Whatsapp kami namun seperti biasa, dia hanya berdiam diri sahaja dalam tu.”katanya.

Tindakan Undang-Undang

Dia juga memaklumkan bahawa dia akan membuat tindakan undang-undang iaitu Mahkamah Kecil selepas tempoh PKP ini berakhir.

Dia juga berharap perjuangan mendapatkan hak yang dituntut dapat menjadi pengajaran kepada anak seni di luar sana agar tiada lagi yang akan menjadi mangsa sebgini.

“Dulu saya masih bagi muka sebab saya hormat pada dia sebagai orang lama dalam industri. Tapi kali ini saya tak boleh mendiamkan kecurangan yang dilakukan agar orang lain tak terkena sama macam saya selepas ini,” katanya lagi.

Hmmm lama juga ya kes ini. Harap semuanya akan selesai dengan baik lah nanti.