Guna kod promo ‘BINTI AHMAD ZAHID’, Nurul didenda RM800

Anak kepada menteri sudah tentu akan dicemuh dan tular jika melakukan perkara yang tidak wajar seperti melanggar peraturan yang ditetapkan kepada orang awam.

Anak kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahmad Zahid Hamidi ini telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana majoriti rakyat tidak boleh keluar daripada kediaman sesuka hati tanpa sebab.

Dating seperti hari biasa

Nurul Hidayah menerima kritikan yang teruk daripada netizen setelah dia memuat naik gambarnya bersama suami di media sosial. Mereka berdua keluar bersama walaupun kerajaan menetapkan hanya seorang sahaja dibenarkan keluar.

Tiada tindakan dikenakan serta mertaatas anak ahli politik ini sedangkan orang awam yang lain terus ditahan dan dikenakan saman. Ini membuat netizen marah kerana nampaknya, mereka yang ada kuasa boleh mengelak hukuman.

Tupai akhirnya jatuh ke tanah

Nurul Hidayah dan suaminya akhirnya dibawa ke mahkamah selepas gesaan dan laporan daripada rakyat yang tidak puas hati. Tetapi, pasangan ini hanya perlu membayar saman sebanyak RM800 berbanding orang lain yang perlu membayar RM1000.

Imej dari: Harian Metro

Kata netizen, Nurul Hidayah dapat diskaun sebab dia guna kod promosi BINTI AHMAD ZAHID. Betul ke?

Share