Henry Golding label Samantha Kayty “rasis”

Sekarang ni tengah hangat betul isu Samantha Katie James atau Samantha Kayty, “Miss Universe Malaysia” 2017.

Hanya disebabkan penyataan kurang matang yang diberikan oleh Samantha, sekarang satu dunia beri perhatian pada negara Malaysia, sampaikan Henry Golding yang sedang giat mencipta nama di Hollywood pun sudah campur tangan.

“Racist, ignorant, selfish”

Antara penyataan balas Henry Golding yang ditulis di Instagram beliau ialah rasis, jahil, dan pentingkan diri sendiri.

Kata Henry lagi, Malaysia sendiri pun sudah banyak lalui konflik untuk mencapai perubahan yang kita semua nikmati hari ini. Sepatutnya Samantha menggunakan platform yang ada untuk menyebarkan kesedaran, bukannya menulis sesuatu yang negatif.

Sudahlah nama Henry Golding ni besar dan bertaraf antarabangsa, jumlah pengikut pun ramai, memang buat malu nama negara sajalah Samantha ni.

Harap-harap dia tak koyaklah.

Share