Baru-baru ini, pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashari mengumumkan berita gembira di laman Instagram mereka apabila Scha di sahkan hamil lagi.

Pasangan itu kini sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka. Walaubagaimanapun, semalam Scha telah menimbulkan kerisauan di kalangan warganet apabila laman Instagram miliknya dikatakan ‘hilang’

Timeline

Description automatically generated

Deactivate Instagram

Menurut Astro Gempak, pelakon dan pengacara itu telah mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila laman sosial Instagramnya (IG) hilang secara tiba-tiba hari ini.

Hantaran terakhir Scha adalah pada petang semalam apabila dia memuat naik sekeping foto berserta tulisan ‘I’ve had enough’ .

Graphical user interface, text, application, chat or text message

Description automatically generated

Komen Di IG Awal

Entri Scha telah mendapat perhatian ramai sehingga rata-rata warganet mula membanjiri ruangan komen di entri Instagram terkini suaminya, untuk bertanya tentang Scha.

Ada di antara mereka membuat spekulasi bahawa Scha sedang marah dan terus memadam IG miliknya.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Scha pernah memberitahu tentang dirinya mempunyai alahan teruk terhadap telefon dan lebih baik aktress itu memadam akaun Instagramnya.

IG Digodam?

Ada juga yang berpendapat mungkin IG milik Scha digodam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Kebanyakkan dari warganet turut mendoakan kesihatan dan keselamatan Scha, tambahan pula dia sekarang sedang hamil.

Setakat ini hanya IG milik Scha sahaja yang ‘hilang, manakala IG milik Awal dan Lara Alana masih aktif.

Apa pun sebab yang membuatkan Scha ‘deactivate’ akaun IG dia, hanya dia sahaja yang tau. Semoga Scha berada dalam kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta.