Jasmin Hamid, pelakon siri tempatan menerima ugutan bunuh disebabkan wataknya dalam 7 Hari Mencintaiku.
Pelakon jelita tersebut kecewa dengan sikap netizen yang terlalu beremosi, sehinggakan tidak dapat membezakan watak yang dimainkan, Hayati dengan dirinya sebagai pelakon.
Jasmin Hamid juga menggunakan akaun media sosialnya untuk berkongsi isu tersebut. Beliau turut menyeru netizen untuk menjadi penonton yang bijak dan berakhklak positif.
Disamping itu, Jasmin juga memberitahu bahawa ancaman berunsur kecam dan bunuh boleh dikenakan tindakan keras.
Oleh itu, fikirlah sebelum mengecam seseorang itu atas media sosial.
Kesian Min tengok Jasmin Hamid ni. Korang janganlah emotional sampai gitu. Jangan koyak uols!