K-Clique bawa lagu lucah?

Kumpulan hip-hop K-Clique sedang hangat diperdebat dengan kemunculan lagu-lagu mereka yang sedang melonjak naik.

Namun, apa yang dapat dilihat ialah ada sesetengah pihak yang menganggap lagu-lagu yang dibawa oleh kumpulan hip-hop terkenal ini banyak membawa unsur-unsur negatif seperti lucah dan merendahkan martabat wanita.

Ditegur peminat di media sosial

Satu bebenang di Twitter dikongsi di mana ada peminat yang membuat perbandingaan antara lirik-lirik dalam lagu K-Clique dengan lirik daripada rapper terkenal tanah air, Malique.

Bagi pendengar dan peminat lagu hip-hop, ramai yang menyokong pendapat yang disuarakan dalam bebenang tersebut, yang menganggap lirik kumpulan K-Clique berunsurkan lucah dan dianggap tidak sesuai untuk anak-anak muda.

Anggap sebagai kritikan positif

Namun, luahan dan pandangan orang ramai terhadap lirik-lirik lagu mereka dapat menjadi kritikan yang diambil secara positif untuk K-Clique menghasilkan lagu-lagu yang lebih berkualiti.

Banyak lagi kisah yang boleh diceritakan dalam lagu, tak semestinya perlu menyentuh sensitiviti kaum wanita. Kan?

Share