Kata “perempuan tak sesuai bekerja sebab PMS”, netizen mengamuk

Alkisahnya di Twitter, ada seorang perempuan yang menggunakan username @mamaisarah menulis satu ciapan yang buatkan para netizen, terutama sekali wanita-wanita marah.

Mana tidaknya, dalam dunia sekarang di mana kaum wanita berjuang untuk mendapat hak sama rata dengan kaum lelaki, sudah tentulah semua mereka berang apabila muncul seseorang dalam kalangan mereka yang dikatakan terus merendahkan “martabat” sendiri.

“Tak layak jadi pemimpin”

Imej dari: Twitter @mamaisarah

“Tak layak jadi pemimpin” satu hal, dan apabila sebabnya ialah “perempuan datang haid setiap bulan” tu lagilah buat para wanita yang lain berang.

Apa ni Cik Kak, tak tengok Captain Marvel ke?

Imej dari: Twitter @ayyputeri
Imej dari: Twitter @_marlisilyana

Tengoklah Saidatina Khadijah, Perdana Menteri New Zealand

Ramai juga yang membandingkan ciapan si @mamaisarah ni dengan Saidatina Khadijah, isteri Rasullah SWT yang pernah menjadi usawahan wanita berjaya suatu ketika dahulu.

Kalau zaman sekarang pula, tengoklah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mampu tangani apa saja isu yang membelenggu negara beliau.

Imej dari: Twitter @SriNurAfiqah
Imej dari: Twitter @frhnafzal

Jadi konklusinya, bercakap tu biarlah ikut logik akal fikiran. Memanglah boleh kalau nak agree to disagree, tapi kalau ikutkan sejarah penindasan ke atas wanita dari generasi ke generasi, patut ke tulisan sebegini dipersetujui ramai?

Share