Kehidupan Tiz Zaqyah Warna Warni

Bukan semua ada keistimewaan seperti pelakon Tiz Zaqyah ni, yang mengatakan bahawa dirinya melihat dunia lain daripada presepsi orang biasa.

Mengalami dunia yang warna-warni

Menerusi laman Instagramnya, Tiz menjelaskan bahawa dia dilahirkan dengan Sinestesia dan boleh melihat huruf, ayat, nombor dan muzik dalam keadaan berwarna-warni.

“Saya boleh mengesahkan ini kerana sepanjang kehidupan saya boleh nampak huruf, ayat, nombor,muzik berwarna. Bercahaya. Kadang-kala bergelombang.

“Macam-macam la… menarik ah,” tulisnya.

Mudah marah

Tiz juga menyatakan bahawa dia cepat marah apabila orang tidak memahami apa yang dia alami.

“Patutlah adakalanya saya rasa sangat susah untuk mendapatkan orang mempercayai saya.

“Saya cepat rasa jengkel sebab saya ingat mereka memahami.

β€œKini saya tahu, saya melihat semua perkara dari sudut yang berbeza dan sekarang ia masuk akal.” jelasnya.

Tambah Tiz, dia juga memberitahu kadang-kala dia boleh menghidu bau karya seni dan menyangkakan bahawa semua orang memikirkan perkara yang sama.

Sinestesia ini adalah satu keadaan deria minda seseorang itu bercampur dan menimbulkan persepsi yang berlainan daripada orang biasa.

Patutlah berbakat Tiz Zaqyah ni, ada keistimewaan yang tak ramai orang ada! Apa pun, menarik perkongsian Tiz ni.

Share