Semalam, kecoh anak kepada seorang pelakon veteran, Normah Damanhuri, kena denda RM 10 000 berikutan tuduhan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).
Jadi, sebagai pengusaha produk tersebut, Liana Rosli, yang lebih dikenali sebagai Kak KM memberi penjelasan menerusi laman Instagramnya.
Mengaku bersalah
Melalui video yang telah dimuat naik di laman Instagramnya, Kak KM mengakui bahawa memang dia yang didenda.
“Terima kasihlah yang prihatin dekat Kak KM, yang kesian yang tanya betul tadi pagi ke Kak KM ada dekat Mahkamah. Betul, tak salah orang lagi,” jelasnya.
Liana juga mendedahkan bahawa kesalahannya bukanlah disebabkan ada perkara merbahaya di dalam produknya tetapi adalah kesalahan kerana memilikI produk tanpa kelulusan KKM untuk jualan.
“Kita tak bersalah.Yang pasti bukan Sweet Dara, bukan jamu Kak KM yang punya pasal. Ini produk Kak KM lagi satu hal – pasal lambat keluar kelulusan KKM. Benda itu tak ada apa, dah settle. Syukur Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah dipermudahkan,” ujarnya.
Kena sabotaj?
Dalam pada itu, melalui video seterusnya, usahawan tersebut seperti tidak menafikan bahawa ada pihak yang cuba mensabotaj perniagaannya apabila produknya kini laris di pasaran.
“Biasalah bila kau dah kaya, bila kau dah berniaga yang memang maju, laris tak ada orang boleh beat kau lagi, mulalah datanglah pengkhianat, datang orang yang dengki dengan kau, datanglah b*** ham***, biasa.. tapi kita? relax lah, kita tak ada buat salah apa-apa dengan kau,” katanya.
Semalam, Majistret M Barath telah menjatuhkan hukuman terhadap Rose Azlin, 46, selepas wanita yang juga kakak kepada Liana Rosli, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkahmah telah memerintahkan Rose Azlin akan dipenjara selama empat bulan jika gagal membayar jumlah dendah yang telah ditetapkan.
Berdasarkan pertuduhan, Rose Azlin didakwa memiliki sebanyak 99 paket produk KM Sampah Cleanse untuk jualan di sebuah premis di Subang Jaya pada 11.20 pagi, 21 Januari lalu.