Kenapa semua mi segera disebut Maggi?

Biasanya, kalau mak-mak suruh beli barang, mesti sebut nama brand, bukan bendanya. Contoh, mak suruh beli Maggitapi pergi beli mi segera jenama Indomie. Nampak tak impak sesuatu jenama tu bila digunakan dalam kehidupan seharian?

Ni la yang dikatakan leksikon (kosa kata) harian yang mana nama brand tu dah jadi kebiasaan dan selalu digunakan oleh orang ramai. Selain maggi, ada juga beberapa jenama yang selalu disebut dan digunakan oleh orang ramai.

Pampers ke diapers?

Kalau ibu-ibu yang ada anak kecil, selalu sangat sebut lampin pakai buang atau diapers sebagai Pampers. Padahal Pamperstu adalah jenama diapers milik syarikat Protect & Gamble dari Amerika Syarikat.

Antara jenama lampin pakai buang yang ada dekat Malaysia adalah seperti Drypers dan Pet Pet.

Tupperware ke bekas makanan?

Yang ni pun selalu sangat mak-mak sebut, bekas makanan plastik yang transparent tu pun dipanggil Tupperware walaupun ramai tahu ia adalah jenama bekas makanan.

Selau mak-mak tak kisah sangat kalau yang bekas makanan plastik tu hilang, sebab ya lah, dapat pun bila beli makanan dekat luar tapi kalau yang bekas jenama Tupperware tu hilang, memang kena la korang. Harta pusaka kesayangan mak-mak, jangan buat main gais.

Ridsect ke aerosol racun serangga?

Rasanya jaranglah orang panggil penyembur racun serangga atau aerosol racun serangga, mesti sebut Ridsect jugak – senang, pantas dan difahami ramai.

Jenama penyembur racun serangga yang lain ada dekat Malaysia adalah seperti Sheildtox dan Baygon.

Clorox ke peluntur?

Selalunya kalau nak putihkan baju atau nak bersihkan bilik air ke, mesti sebut nak guna Clorox padahal Clorox tu jenama untuk peluntur atau bleach.

Antara jenama peluntur lain yang ada dekat Malaysia adalah seperti Vanish dan Cocorex

Sebenarnya ada banyak lagi tapi ni adalah diantara jenama-jenama yang selalu disebut oleh orang ramai dalam kehidupan seharian. Nampak tak betapa powernya jenama-jenama ni!

Share