Kerabat kembali berpolitik

Mereka yang ada pertalian dengan kerabat diraja dan mempunyai nama yang terkenal dalam arena politik mesti akan menciptakan berita yang gempar. Tahun ini, anak raja Pahang melakukan comeback dalam politik.

Tengku Azlan yang merupakan seorang ahli politik berpengalaman dan berjaya, menjadi khabar angin yang baik untuk parti terlibat iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Bintang PPBM Pahang

Dalam pemilihan yang sengit di Temerloh baru-baru ini, Tengku Azlan berjaya memenangi tempat setelah mengalahkan Pemangku Ketua PPBM Temerloh dan juga seorang usahawan terkenal.

Beliau bertanding dalam pemilihan PPBM Temerloh bukan untuk kepentingan peribadi. Namun, beliau mahu menyatukan orang Melayu serta membawa PPBM Temerloh ke tahap yang lebih baik.

Kata-kata semangat

Tengku Azlan berkata, 

“Saya dan rakan seperjuangan berniat untuk mengukuhkan parti bahagian ini dari segi pentadbiran dan juga segi susunan parti.”

Ini adalah langkah supaya PPBM akan dihormati dan disegani oleh saingan lain.

Boleh dilihat yang agenda Tengku Azlan dan penyertaan beliau dalam parti ini bukan untuk meraih keuntungan diri sendiri, namun beliau ingin berjuang menggunakan pengalaman yang beliau ada. 

Tengku Azlan merupakan ‘orang lama’ dalam arena politik, jadi sudah pasti beliau mampu menciptakan kejayaan buat PPBM.

Share