Semua peminat Nabilah Ali Dally ini atau lebih dikenali sebagai Bella Dally tahu tentang hobinya yang suka berbasikal.

Gara-gara hobinya jugalah pelakon ini ditahan oleh polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ditahan Kerana Gambar di Instagam

Bella ditahan kerana gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mempamerkan dirinya berbasikal dengan rakannya.

Menurut Kosmo, satu sumber berkata bahawa hasil siasatan telah mendapati mereka bergerak dari kediaman masing-masing di Dutamas dan terus ke restoran berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak.

“Mereka meletakkan kenderaan di sana sebelum berbasikal melalui Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah.

“Kira-kira lebih 10 Kilometer mereka berbasikal sebelum patah balik ke kenderaan,” katanya.

Kosmo juga telah mengesahkan bersama Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe tentang tangkapan usahawan itu.

Dikecam Netizen

Kosmo juga telah melaporkan bahawa Bella telah dikecam oleh netizen kerana mengabaikan PKPB untuk merentas negeri.

Gambar yang berkapsyen “Wohoo Genting Sempah with @diyanabanana” di Instagram Bella itu sudah pun tidak kelihatan lagi ketika artikel ini ditulis.

Biarlah ni jadi pengajaran semua untuk patuh PKPB ni, ramai yang tidak suka situasi ni tapi memandangkan kes pun makin naik, apa boleh buatkan.