King Coco lots-of-mix bertanding sebagai Ketua Srikandi?

Di kala landskap politik negara masih belum stabil dengan perlantikan Perdana Menteri baru serta barisan kabinetnya, tambah lagi huru-hara apabila instafamous juga bercita-cita masuk bidang politik.

Netizen di Twitter digemparkan apabila ada sebaran poster yang menunjukkan seorang instafamous yang cukup terkenal bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bagan Serai.

imej dari: Twitter Naratif Rakyat

Tak layak bertanding

Kalau anda semua ingat kata-kata lots of mix yang pernah viral suatu ketika dahulu, perempuan di sebalik tagline itulah yang bertanding. Siapa lagi kalau bukan King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail.

Rata-rata netizen Twitter mengatakan bahawa King Coco tidak layak langsung untuk bertanding. Katanya sebab dia tiada kemahiran dan dikenali sebagai seseorang yang mempunyai banyak masalah.

Dah menang?

Ada yang mengatakan King Coco tidak sesuai langsung untuk terjun dalam bidang politik, tapi ada yang juga kata sudah pun menang. Betul ke?

Sempat juga netizen berseloroh dengan mengatakan bahawa Cleopatra ada pesaing untuk bertanding mata siapa yang paling warna-warni. 

Imej dari: Cari

Mungkin King Coco ada ada kredibiliti sendiri yang melayakkan dia untuk bertanding jadi Ketua Srikandi. Dan kalau betul menang, harapnya King Coco dapatlah jalankan tugas dia dengan baik di masa hadapan. 

Share