Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, menghantar haiwan kesayangan mereka ke pet hotel atau boarding adalah keputusan yang susah dilakukan. Sudahlah kena bagi kepercayaan orang luar jagakan, mesti risau sama ada dijaga baik atau tak.  

Dan baru-baru ini, perkara yang tidak diingini berlaku kepada salah seorang pemilik kucing yang menzahirkan rasa kesalnya di Twitter terhadap sebuah hotel haiwan.

Dari: Twitter

Sorry, Kucing Hilang

Seorang pengguna Twitter, @shearer_alan_ mendedahkan kecuaian sebuah hotel haiwan di Setia Alam yang mengakibatkan kucingnya hilang selama seminggu.

Pihak hotel haiwan tersebut langsung tidak menelefon atau memaklumkan perkara itu kepadanya malah, siap ditawar untuk menggantikan kucingnya dengan kucing yang lain.

Pengguna Twitter tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya, menggatakan bahawa haiwan itu bukanlah barang yang boleh diganti. Tambahan pula, sudah enam tahun dia bersama kucing kesayangannya yang bernama Justin itu dan sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Dari: Twitter

Berkat Kuasa Viral

Oleh kerana berkat doa dan kuasa viral media sosial, Justin telah dijumpai pada hari yang sama tweetnya dipost.

Saman yang ingin dikenakan terhadap pemilik hotel haiwan itu juga ditarik balik selepas Justin telah dijumpai.

Nasib baik kucing tu dapat jumpa balik. Harap pihak hotel haiwan tu insaflah lepas kejadian ni.