Lagi sekali Veveonah didakwa menipu, ibarat kena buli oleh dua orang menteri, isu sebenar tak selesai lagi

Rata-rata rakyat Malaysia rasanya dah kenal dengan Veveonah Mosibin iaitu pelajar Asasi dari Universti Malaysia Sabah (UMS) yang viral sebab mengambil exam di atas pokok untuk dapat line internet yang stabil.

Minggu lepas, pada 3 September 2020, Veveonah didakwa oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin di dewan Parlimen bahawa Veveonah menipu dan video itu hanyalah sekadar untuk content semata.

Tapi tak lama lepas tu, menteri tersebut meminta maaf atas kesilapannya setelah dikecam oleh rakan-rakan se-universiti Veveonah dan netizen.

Ingatkan dah habislah isu ni tapi semalam ada lagi.

Pertahankan dakwaan

Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri mempertahankan dakwaannya bahawa Veveonah menipu.

Kata Abdul Rahim, dia dan pegawainya dah buat siasatan sebelum keluarkan kenyataan sedemikian. Jelasnya, pegawainya telah bertemu dengan dua ketua kampung – Elwin Madisa (ketua kampung Sepatalang) dan Edward Upak (ketua kampung Bilangau Besar) Daerah Pitas, Kota Marudu, Sabah untuk dapatkan maklumat mengenai pelajar UMS itu.

Hasil perjumpaan dengan dua ketua kampung tersebut, mendapati bahawa ibu bapa Veveonah dah lama tak tinggal di Kampung Sepatalang dan sebenarnya menetap di pekan Pitas yang mempunyai rangkaian internet. Bahkan keluarga Veveonah tidak ada rumah di kampung Sepatalang seperti yang didakwa olehnya.

Abdul Rahim juga sepertinya nekad mengatakan Veveonah berbuat sebegitu hanya untuk dapatkan publisiti semata.

Tambahnya lagi, pihaknya juga telah membuat pemeriksaan di UMS menerusi seorang pensyarah yang mendakwa ketika itu hanyalah kuliah biasa dan tiada sebarang peperiksaan online diadakan.

Veveonah rehat daripada media sosial

Bila dah keluarkan kenyaataan macam tu, memang kena seranglah dengan netizen. Veveonah sampai dah buat IGTV, tunjuk bukti jadual peperiksaan dia, pun masih dituduh menipu oleh para menteri.

View this post on Instagram

All clear, but we need to be fair.

A post shared by Veveonah Mosibin (@vevemacho) on

Walaupun Zahidi Zainul dah memohon maaf menerusi Facebooknya tetapi impak yang dikenakan terhadap Veveonah akibat dakwaan tersebut, telah membuatkan dia menerima beberapa komen negatif dan menyakitkan.

Jadi, disebabkan itu, Veveonah mengambil keputusan untuk berehat daripada media sosial, lagi-lagi bila kes ini dah muncul balik.

Abang Veveonah tampil

Berikutan dengan kebangkitan kes ini, abang Veveonah, Mekvin Mosibin tampil untuk mempertahankan adiknya dan menjelaskan perkara sebenar menerusi Facebooknya.

Panjang lebar luahan Mekvin tapi apa yang dapat disimpulakan adalah bahawa dia kecewa dengan para menteri yang berkeras ingin mendakwa adiknya menipu.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen berada di pihak Veveonah dan juga mahukan kerajaan untuk lihat pada isu yang sebenar, bukannya tentang Veveonah ada exam atau tidak.  

Tabahlah, Veveonah, kebenaran (yang dah ditunjuk bukti berkali-kali tapi masih tak nampak jugak) akan terbongkar akhirnya.

Share